JABATAN PENILAIAN
- Apakah itu cukai taksiran?
- Cukai Taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)
- Apakah tujuan cukai taksiran dikenakan?
- Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPKK untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan MPKK. Ini adalah sesuai dengan objektif MPKK itu sendiri iaitu Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan dan Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.
3. Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?
a) APA ITU CUKAI TANAH?
Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri
melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan
akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
b) APAKAH PERBEZAAN 'CUKAI TAKSIRAN dan 'CUKAI TANAH'?
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa
Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru.Cukai Tanah
adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun
kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
Jabatan Penilaian
Nama Pegawai : En. Mohd Saiful B. Hj. Dawam
Jabatan : Penolong Pegawai Penilaian
No.Telefon : 05-776 3199
Email : saiful@mpkkpk.gov.my
