MENU
 

Operasi Bersepadu Pengemis dan Kutu Rayau Sempena Ramadhan 1437H telah dijalankan pada 29 Jun 2016 dengan kerjasama MPKK dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Kangsar bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada 6.30 petang.

Bilangan anggota MPKK yang terlibat adalah seramai 2 orang anggota penguatkuasa, manakala seramai 6 orang anggota JKM dan 2 orang anggota JAIP.

Tujuan operasi ini adalah menyelamatkan pengemis dan kutu rayau yang menjadikan tempat awam sebagai tempat tinggal mereka.

Lokasi operasi adalah di kawasan Bandar Baru Kuala Kangsar (sekitar perkarangan Maybank), Terminal Bas Kuala Kangsar, Arena Kuala Kangsar, Laman Budaya dan sekitar bandar .

Tiada tangkapan yang dilakukan dalam operasi ini, hanya memberi khidmat nasihat dan teguran kepada golongan peminta sedekah (memiliki kebenaran JAIP) yang beroperasi di sekitar tempat yang menjadi tumpuan orang awam agar tidak menggangu dan menghalang laluan awam.

#NBOS
#NationalBlueOceanStrategy