MENU
 

TANGGUNGJAWAB MENJAYAKAN ASPIRASI KERAJAAN

TUMBUK RUSUK 1

KUALA KANGSAR, 8 Januari 2020 – Tuan Zulqarnain bin Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar menyeru seluruh anggota kerja menzahirkan aspirasi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan anggota kerja juga perlu bersama-sama bergandingan bekerjasama memastikan ia menjadi azam bagi tahun baharu 2020.

 

Dalam pertemuan pertama bagi Perhimpunan Korporat di Dewan Jubli, Kuala Kangsar, anggota kerja turut diingatkan untuk berazam menjadi insan yang bertanggungjawab kepada agama, keluarga, kerjaya, bangsa dan juga Negara.

TUMBUK RUSUK 2 

“Saya berharap bagi tahun 2020 organisasi kita akan terus cemerlang dan segala misi dan visi kerajaan negeri akan kita dokongi untuk direalisasi,” katanya.

Perhimpunan Korporat tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis dan En. Mohd. Ikram bin Ahmad, Setiausaha Perbandaran turut menyampaikan ucapan tahun baharu dan seterusnya berkongsikan Aspirasi Ketua Setiausaha Negara berkaitan Perkhidmatan Awam : Back to Basics, Satu Anjakan Minda dan Tindakan.

 

Istimewa pembuka tirai 2020, Jabatan Khidmat Pengurusan dan Unit Integriti MPKK telah menjemput En. Mohd. Firdaus bin Ramlan bagi berkongsikan ceramah berkaitan; Pengkisahan Dari Tirai Besi, Tumbuk Rusuk, Duit Panadol.