BORANG OSC
MAKLUMAT TAMBAHAN BORANG SENARAI SEMAK
(UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MPKK)
1) Maklumat Am
a) Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan;
b) Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
c) Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
2) Prosedur
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Senarai Semak Mengikut Jenis
Permohonan.
b) Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan TERANG menggunakan
HURUF BESAR.
c) Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
d) Borang serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diterima/diproses.
3) Soalan Lazim
a) Soalan
Adakah pelan linen diperlukan semasa mengemukakan pelan dan berapakah jumlahnya?
Jawapan
Ya, pelan linen diperlukan sekurang-kurangnya 1 set.
b) Soalan
Bagaimanakah “fee” proses kebenaran merancang dikira?
Jawapan
Sila rujuk Jadual Fee Proses Kebenaran Merancang yang boleh di muat turun di
www.mpkkpk.gov.my
c) Soalan
Siapakah yang akan mengemukakan pelan kepada agensi teknikal?
Jawapan
i. OSC yang akan mengemukakan pelan kepada agensi teknikal dengan syarat PSP/SP perlu
mengemukakan pelan yang mencukupi dan lengkap.
ii. Pihak PSP/SP juga boleh mengemukakan sendiri pelan kepada agensi teknikal dengan
syarat perlu mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan kepada OSC.
4) Borang-borang OSC
