close
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Peta Lokasi
Pilihan Teks : font1 font2 font3 Skema Warna : BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 w3c1 Pilihan Latar Belakang : bg1 bg2 bg3 Lain Bahasa Pilihan Bahasa:
Laman Utama » Arkib Kenyataan Media
 
KHIDMAT PELANGGAN
Tel : 05-776 3199
Fax : 05-776 1004
logompkk

Emel:
aduan@mpkkpk.gov.my

logostaff Direktori Pegawai

iconkey linkkey
PENGGUNA BERDAFTAR
linkkey2

ARKIB KENYATAAN MEDIA

2011

.......................................................................................................................................................................

Perak Keluar Peraturan Ternak Burung Walet
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 28 April 2011


IPOH 27 April - Kerajaan negeri akan memperkenalkan satu garis panduan seragam untuk perusahaan burung walet di negeri ini dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.Beliau berkata, pada masa ini, tiada satu garis panduan khusus digunakan untuk industri itu menyebabkan ia berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.
''Draf awal Garis Panduan Penguatkuasaan Industri Burung Walet di Perak sudah siap dan dibentangkan kepada Exco oleh seorang ketua jabatan. Kerajaan negeri akan maklumkan mengenai draf terakhir selepas memuktamadkan semuanya.''Apa yang penting, kita mahu mewujudkan satu polisi untuk semua penternak burung walet di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Zambry, garis panduan itu antara lain mengandungi peraturan tentang kawasan yang dibenarkan mengusahakan penternakan burung walet. Katanya, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk tidak membenarkan penternakan burung walet di kawasan perumahan dan berdekatan lapangan terbang.''Kita juga tidak bercadang untuk menetapkan kawasan khusus untuk penternakan burung walet kerana burung ini terbang merata-rata tempat.
''Sebagai contoh, industri burung walet sudah lama berkembang di pekan Sitiawan, bagaimana kita boleh cakap tidak boleh ternak di situ," katanya.Beliau juga memberitahu, kerajaan negeri sedang mengkaji sama ada wajar bagi pengusaha burung walet menubuhkan persatuan seperti dikehendaki oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
''Pada masa ini, kerajaan negeri beranggapan sudah mencukupi untuk pengusaha burung walet mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memudahkan kita memantau bilangan pengusaha," ujarnya.Dalam pada itu, Zambry memberitahu, masalah lalat di kawasan-kawasan penternakan ayam diharap dapat diatasi melalui penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas sejak Januari lalu.
Beliau berkata, kerajaan negeri menggalakkan penternakan ayam tetapi tidak mahu ia menimbulkan masalah besar kepada penduduk sekitar.

 

Halaman: 1  2  3  4  

 
 
image